Biografi Kyoji Sky (kumpulan muzik)

Sejarah tercipta nama Kyoji Sky band ialah sempena nama pena gitaris sebagai penulis lirik/ pencipta lagu/Kartunis serta nama pentas beliau.

Sebelum bergelar band, Kyoji Sky bermula dengan album solo pada tahun 2007 pendaftaran awal MACP. Bermulanya agenda Kyoji-Sky band adalah dari album Art In The Dark yang dikeluarkan pada tahun 2009 yang dianggotai oleh Apai sebagai drummer, Sky gitaris, Aty sebagai Violinist, Piji sebagai bassist dan Shakir sebagai vokalis. Kyoji Sky menghasilkan single Cerita Semalam pada tahun 2011.

Pelancaran Mini Album Chapter 5 di Malakat Mall Cyberjaya

Memandangkan Kyoji Sky adalah band eksperimental jadi line up nya sentiasa bertukar. Kesibukan secara peribadi Kyoji Sky menyebabkan band berehat sementara mencari elemen2 baru dan line up baru secara seriusnya. Pada tahun 2020 Kyoji Sky menghasilkan album Cinta Animasi, lagu-lagu yang terdiri dalam album tersebut adalah Racun feat Ijoyz Alexander, Suara Kita, Bersama Sahabat (lagu tema Asean Broadcasting) dan Aku seketika (Akustika). Terhenti sejenak kerana dunia berhadapan dengan Covid-19.

2022 Kyoji Sky Band telah mengeluarkan MV terbaru yang berjudul RACUN Gandingan bersama Ijoyz Alexanderz sebagai pun akan Penyanyi, Pay-Jaa (Bassist) dan Mizzard (Drummer) dibawah dorongan dan terbitan GS9 Records dan pernah membuat persembahkan di Selamat Malam Malaysia (RTM1) dan Selamat Pagi Malaysia (RTM1).

Live at Hari Rock Negara Malakat Mall

Kembali pada 2023 bersama line-up baru seperti Wan Gegau (bassist), Joy Hillas (vocalist), Kyoji Sky (Guitarist) dan Nabil (Drummer). Kemudian ditambah pula satu lagi posisi sebagai pemain gitar yang disandang oleh Noh Slash dan menjadikan KYOJI SKY Band, kini mempunyai 5 anggota.

Inilah kami KYOJI SKY BAND yang bakal mengisi ruang industri muzik tanahair sejajar dengan band yang ada pada masa kini.